Saturday 31 May 2008

VIRUS KOMPUTER

VIRUS.
Virus, Cecacing (Worm), dan Kuda Trojan (Trojan Horse) merupakan program berniat jahat yang tidak diundang dan boleh menyebabkan kerosakan kepada komputer dan maklumat di dalamnya, memperlahankan capaian rangkaian dan menggunakan komputer anda untuk menyebarkannya kepada orang lain termasuk pengguna Internet di seluruh dunia. Menangani permasalahan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama pengguna komputer itu sendiri. Bersama-samalah Kita Menjejaki Dan Menghapuskan Virus Komputer Dari Terus Merebak, Mengganas Dan Mengganggu Kerja Harian Kita.

Virus Komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam media storan (disk) yang dinamakan Sektor But (boot sector). Apabila kita menjalankan perisian atau cuba mencapai cakera yang dijangkiti virus, virus tersebut akan diaktifkan. Virus yang telah diaktifkan boleh melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras (harddisk).

Virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa atau hari tertentu yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada hari lahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut.

Penyebaran virus dapat dilakukan dengan banyak cara, antaranya :
1) Melalui media storan seperti disket, cdrom, cakera keras dan lain-lain yang sebelumnya sudah terjangkiti virus. Jangkitan akan terjadi ketika membaca fail, menyalin fail atau bahkan cuma melihat daftar isinya saja.
2)Melalui e-mel iaitu ketika menerima e-mel yang ada lampiran (attachement) Biasanya e-mel yang mengandungi virus, ada lampiran fail seperti *.zip, *.com, *.exe, *.vbs, *.rtf, *.dll, *.scr dan *.pif. Sebaiknya periksa terlebih dahulu dengan perisian antivirus.
3)Mengunjungi / memuat-turun dari alamat tertentu, misalya laman Hacker, laman porno, ataupun laman lainnya yang tidak jelas pemgendaliannya. Apalagi dengan adanya virus baru yang dibuat dalam bahasa java, ketika anda mengunjungi laman tersebut virus java dapat menjangkiti komputer anda tanpa anda sedari.

APAKAH CECACING (WORM)?
Cecacing (Worm) adalah jenis virus yang biasanya melakukan eksploitasi terhadap kelemahan yang terdapat pada sistem operasi dan juga aplikasi yang digunakan. Contohnya worm CodeRed yang memanfaatkan kelemahan pada file idq.dll iaitu suatu kelemahan buffer overflow pada sistem operasi asal pada Windows 2000. Jadi ketika anda menggunakan Windows 2000 dan tidak melakukan Windows Update dan Patch pada sistem operasi anda, dengan mudahnya virus ini akan menjangkiti komputer anda.

APAKAH KUDA TROJAN (TROJAN HORSE)?
Secara teknikalnya, Kuda Trojan (Trojan Horse), bukan virus tetapi jatuh dalam kategori program bahaya yang boleh diaktifkan dalam komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer itu. Terdapat pelbagai jenis trojan tetapi biasanya memberi capaian kepada rangkaian dari luar termasuk penggunaan program dalam komputer atau mendapatkan data yang ada dalam cakera keras komputer itu. Kuda Trojan juga boleh memasuki komputer melalui perisian yang dimuat-turun dari Internet secara percuma. Jangan muat-turun perisian dari sumber yang tidak diketahui punca asalnya. Selalulah muat-turun Microsoft Updates dan patches dari laman web rasmi Microsoft Windows Update atau Microsoft Office Update.

KESAN SERANGAN VIRUS
Kerosakan pada perisian komputer, fail maklumat dan juga perkakasan komputer.
Gangguan rangkaian komputer samada capaian ke Intranet dan Internet menjadi perlahan.
Pengguna komputer dan Internet akan mengalami gangguan kerja dan emosi (stress).

SIMPTOM-SIMPTOM PC DISERANG VIRUS
Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini tidak pernah menyentuh bahagian penetapan (setting) ataupun mengubah daftar Windows (Windows Registry). Fail-fail penting yang digunakan untuk melarikan sistem hilang secara tiba-tiba. Windows tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
Keupayaan atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka terlalu perlahan. Kadang-kala PC menjadi hang selepas dibuka. Juga keluar mesej ‘Out-of-memory’ walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
Kotak dialog terpapar pada skrin secara tiba-tiba menyatakan program tertentu tidak dapat dijalankan.
Muncul secara tiba-tiba program-program yang tidak pernah diinstal sebelum ini dan berjalan dengan sendirinya. Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
Menerima e-mel yang mengandungi lampiran-lampiran yang pelik contohnya mengandungi lebih dari satu ekstensi.
Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba dan tidak boleh diinstal semula.

MENGESAN DAN MENGHAPUSKAN VIRUS KOMPUTER
Install perisian antivirus seperti Sophos antivirus yang boleh di dapati di http://antivirus.utm.my.
Kemaskini fail tandatangan virus (virus signature).
Imbas (scan) dan bersihkan (clean) sekiranya virus dijumpai.
Rujuk laman web antivirus sekiranya virus tidak dapat dibersihkan oleh perisian antivirus.

HINDARI SERANGAN VIRUS
Gunakan Perisian Asli. Hargai dan Hormati Hakcipta. Hindari menggunakan perisian tiruan dalam apa juga keadaan sekali pun. Awas! Windows Update tidak boleh dijalankan pada Windows XP cetak rompak.
Pastikan Sistem Operasi Sentiasa Dikemaskini. Perisian sistem pengoperasian Windows hendaklah sentiasa di kemaskini (jalankan Windows Update) bagi memastikan sistem sentiasa selamat dari serangan virus dan penggodam. Tukarkan katalaluan (password) kepada yang lebih sukar untuk jejaki umum. Jangan e-melkan katalaluan kepada sesiapa pun.
Gunakan Perisian Antivirus Terkini dan Dikemaskini. Pasang perisian antivirus untuk melindungi komputer anda dan pastikan fail tandatangan (signature) yang terkini telah dimasukkan. Anda perlu kemaskini tandatangan virus sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari bekerja.
Imbas Virus Secara Harian. Jadualkan untuk mengimbas komputer setiap hari bagi mengesan virus. Jadual imbasan boleh dilakukan pada waktu bukan puncak, seperti waktu rehat tengahari.
Periksa Lampiran E-mel. Waspada terhadap virus yang datang sebagai lampiran e-mel daripada punca yang tidak dapat dikenalpasti. Ada virus ulat (worm) yang boleh menyamar sebagai ucapan selamat atau perayaan. Jangan buka sebarang lampiran sehingga anda benar-benar pasti apa isi kandungannya. Contohnya *.zip, *.vbs, *.pif, *.scr, *.rtf (* mewakili nama bagi sesuatu fail).
Periksa Fail Yang Dimuat-turun. Periksa cakera liut dan fail yang dimuat-turun dari Internet terutama dari punca yang tidak diketahui menggunakan perisian anti-virus sebelum menggunakannya.
Hentikan Semua Aktiviti Komputer Yang Telah Dijangkiti. Jika komputer anda telah dijangkiti oleh virus komputer, semua aktiviti menggunakan komputer tersebut mesti dihentikan - mulakan proses penghapusan virus. Meneruskan penggunaannya akan membantu virus merebak dengan lebih giat.
Kerap Membuat Salinan (Backup). Selalulah membuat salinan aturcara dan data anda. Membaikpulih menggunakan salinan adalah langkah yang paling selamat bagi mendapatkan kembali fail selepas diserang virus.
Pasang Personal Firewall. Sebagai perlindungan tambahan, anda boleh memasang perisian firewall peribadi. Tetapkan ke tahap keselamatan paling tinggi untuk pelayar web. Penggunaan prisian ini memerlukan kefahaman yang sewajarnya terhadap transaksi yang berlaku dalam komputer anda.
Buang Fail dan Perisian Yang Tidak Bermanfaat. Buang fail-fail dan perisian yang tidak diperlukan dalam tugasan harian anda.
"Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Mengubati."

SAAT PERPISAHAN TERAKHIR

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti dagingLembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganTeliti Kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat Dan bagi mereka yang sedar Dan berdetik di Hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka g etaran ini akanBerhenti Dan hilang setelah Kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyutDengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan Lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang Terbaik untuk memunafaatkan masa yang Ada untuk mempersiapkan dir! IDengan amalan Dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan se sudahMati.

TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat Kita Akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama Kita Akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun Tersebut Dan mula membuatPersediaannya ke atas Kita, antaranya ialah IA akan mula mengikutiKita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan Memperlihatkan wajahnya sekilas lalu Dan jika ini terjadi, mereka Yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma Seorang tetapi kuasanya untukMencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akanDicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan Musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secaraTiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah d ahi Kita Iaitu diantara dahi kanan Dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan makaBerpuasalah Kita selepas itu supaya perut Kita tidak mengandungiBanyak najis Dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan Memandikan Kita nanti. Ketika ini juga Mata hitam Kita tidak akan bersinar lagi Dan bagiOrang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh Dan ini dapatDikesan jika Kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu Dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan DanSukar ditegakkan. TANDA 1 HARIAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana Kita akan merasakan satuDenyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana iniMenandakan Kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan Harinya.

TANDA AKHIRA
kan berlaku keadaan di mana Kita akan merasakan satu keadaan sejukDi bahagian pusat Dan ianya akan turun ke pinggang Dan seterusnya Akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah Kita terus mengucap kalimah syahadah Dan berdiamDiri Dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput Kita Kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan Kita Dan sekarangAkan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijakForward this buletin...may ALLAH SWT bless you.Saling berpesan2lah sesama Kita...... ALLAHUAKBAR. ......... ...